Wednesday, February 24, 2016

CONTOH TEKS CERITA MTQSS

DUGAAN NABI YUSUF
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin sekalian.
Nasyid
Dengarlah cerita saya,
‘Dugaan Nabi Yusuf’
Yang tercatat dalam Al-Quran,
Untuk dijadikan panduan.
Kawan-kawan,
Dugaan Nabi Yusuf bermula ketika adik-beradiknya mengadakan pertemuan rahsia.  Kebencian mereka terhadap Yusuf  tidak dapat dikawal lagi.
Syair
Sikap si ayah jadi perbincangan,
Manjakan Yusuf anak yang tampan,
Hanya bunuh jalan penyelesaian,
 Nabi Yusuf  menjadi sasaran.
tA$s% ×@ͬ!$s% öNåk÷]ÏiB Ÿw (#qè=çGø)s? y#ßqムçnqà)ø9r&ur Îû ÏMt6»uŠxî Éb=àfø9$# ….. ÇÊÉÈ  
‘Seorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar sumur..’
(Surah Yusuf ayat 10)
Akibat perasaan iri hati, Nabi Yusuf ditinggalkan seorang diri di dasar sumur yang gelap- gelita.
Ingatlah kawan-kawan,
Kita hendaklah menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pergolakan di Syria membuktikan bahawa sifat-sifat mazmumah membawa kepada kehancuran ummah.
Kawan-kawan,
Dugaan demi dugaan ditempuhi oleh Nabi Yusuf a.s. Sebuah kafilah telah menjumpainya di sumur itu.
Pantun 
Yusuf dilelong di sebuah pasar,
Harga murah nilai diletak,
Dibeli Futhifar seorang pembesar,
Mengangkat Yusuf sebagai anak.
………. ÍG̍ò2r& çm1uq÷WtB #Ó|¤tã br& !$oYyèxÿYtƒ ÷rr& ¼çnxÏ­GtR #V$s!ur 4 ………… 4 ÇËÊÈ  
.. “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak.”
(Surah Yusuf ayat 21)
Takdir Allah menentukan agar Nabi Yusuf dibeli oleh Futhifar agar hidupnya lebih terjamin.
Ya kawan-kawan,
 Kita hendaklah yakin bahawa Allah mampu mengangkat martabat hambanya, sebagaimana nasib  Adik Firdaus Dullah yang dulu terabai, kini mendapat perhatian orang ramai.
Kawan-kawan,
Nabi Yusuf diduga dengan godaan Siti Zulaikha isteri Futhifar.
Nasyid
Zulaikha datang menggoda,
Namun Yusuf tabahkan hati,
Zulaikha menjadi marah,
Yusuf difitnah ingin menodai.
tA$s% Éb>u ß`ôfÅb¡9$# =ymr& ¥n<Î) $£JÏB ûÓÍ_tRqããôtƒ Ïmøs9Î) ( ............................ ÇÌÌÈ  
‘Yusuf berkata: “Wahai tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku…”
(Surah Yusuf ayat 33)
Maka, Allah memakbulkan doa Nabi Yusuf agar baginda dapat menghindari tipu daya orang disekelilingnya.
Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah sentiasa berdoa untuk memohon pertolongan Allah, sebagaimana mangsa-mangsa banjir besar di Kelantan dan Terengganu yang tidak pernah putus-putus berdoa.
Kawan-kawan,
Setelah bertahun-tahun berada di dalam penjara,  Nabi Yusuf dibebaskan kerana berjaya mentafsir mimpi raja. Kebenaran tentang fitnah Zulaikha terhadap Nabi Yusuf juga telah terbongkar.
t……. ÏMs9$s% ßNr&tøB$# ̓Íyèø9$# z`»t«ø9$# }ÈysóÁym ,ysø9$# O$tRr& ¼çm?Šurºu `tã ¾ÏmÅ¡øÿ¯R …………….. ÇÎÊÈ  
‘…Berkatalah (Zulaikha) isteri al-Aziz: Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku)…’
(Surah Yusuf ayat 51).
Pantun
Yusuf dilantik menjadi menteri,
Mengurus agihan dan kewangan,
Kepada rakyat sumbangan diberi,
Kerjanya jujur tiada kepincangan.
Ya kawan-kawan,
Seorang pemimpin hendaklah melakukan kerjanya dengan jujur, sebagaimana Pusat Pungutan Zakat yang mengagihkan wang zakat kepada yang layak.
Kawan-kawan,
Akhirnya, Nabi Yusuf bertemu dengan ayahnya dan ahli keluarganya yang lain.
Yusuf memeluk ayahnya sambil bercucuran airmata. Ayahnya juga menangis tanda kesyukuran.
Perpisahan bertahun-tahun lamanya, diakhiri dengan pertemuan yang indah.

Demikianlah berakhirnya kisah DUGAAN NABI YUSUF, marilah kita bersama-sama mencontohi ketabahan baginda menghadapi dugaan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, February 17, 2015

SOALAN SPONTAN BERCERITA MTQSS 2015

Assalammualaikum.. 
Berikut adalah soalan spontan bagi MTQSS ZON PEKAN PAPAR.

L 1.1 HIJRAH RASULULLAH S.A.W

Berdasarkan kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W, setiap insan perlu berubah ke arah kebaikan. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang anda perlu lakukan untuk menjadi pelajar yang lebih baik?

L 1.2 HIJRAH RASULULLAH S.A.W
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W?

L 1.3 HIJRAH RASULULLAH S.A.W
Berdasarkan kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 2.1 UNTA MUKJIZAT
Kisah UNTA MUKJIZAT menceritakan tentang kaum Tsamud yang ingkar dengan perintah Allah. Sekiranya anda seorang pengawas, bagaimanakah anda berhadapan dengan rakan-rakan yang tidak patuh dengan arahan anda?

L 2.2 UNTA MUKJIZAT
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah UNTA MUKJIZAT?

L 2.3 UNTA MUKJIZAT
Berdasarkan kisah UNTA MUKJIZAT, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 3.1 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA, mengisahkan tentang Qabil yang iri hati dengan kelebihan Habil. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menghindari perasaan iri hati terhadap kejayaan rakan-rakan anda?

L 3.2 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA?

L 3.3 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Berdasarkan kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 4.1 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH, mengisahkan tentang kasih seorang ibu. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda menunjukkan kasih sayang kepada ibu anda?

L 4.2 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH?

L 4.3 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Berdasarkan kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 1.1 ISRA’ MIKRAJ
Peristiwa ISRA’ MIKRAJ merupakan bermulanya tuntutan solat fardhu. Apakah nilai murni yang dapat diperolehi oleh seseorang yang melakukan  ibadat solat dengan sempurna?

P 1.2 ISRA’ MIKRAJ
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  ISRA’ MIKRAJ?

P 1.3 ISRA’ MIKRAJ
Berdasarkan kisah ISRA’ MIKRAJ, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 2.1 TONGKAT MUKJIZAT
Kisah TONGKAT MUKJIZAT menceritakan tentang keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.  Bagaimanakah anda mensyukuri kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada anda?

P 2.2 TONGKAT MUKJIZAT
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  TONGKAT MUKJIZAT?

P 2.3 TONGKAT MUKJIZAT
Berdasarkan kisah TONGKAT MUKJIZAT, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 3.1 DUGAAN NABI YUSUF
Kisah DUGAAN NABI YUSUF menceritakan tentang  ketabahan Nabi Yusuf semasa menghadapi pelbagai jenis dugaan yang menimpanya. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menghadapi kegagalan dalam menuntut ilmu ?

P 3.2 DUGAAN NABI YUSUF
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  DUGAAN NABI YUSUF?

P 3.3 DUGAAN NABI YUSUF
Berdasarkan kisah DUGAAN NABI YUSUF, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 4.1 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Kisah SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu. Bagaimanakah anda membalas jasa ibu yang telah melahirkan anda?

P 4.2 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL?

P 4.3 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Berdasarkan kisah SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

Wednesday, January 28, 2015

CARA-CARA MEMILIH PESERTA BERCERITA MTQ

Assalammualaikum..
Bersempena bulan demam MTQ ni saya ingin memberi beberapa tips cara-cara memilih peserta bercerita MTQSS. Ciri-ciri pelajar yang jadi pilihan saya:

1. Berminat untuk bercerita supaya kerja kita tidak terhenti sekerat jalan. (Saya dah biasa kena dengan murid yg hilang minat..yg paling parah klu dah dekat2 nak bertanding).

2. Kuat ingatan supaya senang hafal teks cerita.

3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.

4. Boleh menyanyi dan ada suara yang sedap lebih baik.

5.Pandang mengarang supaya senang jawab soalan spontan.

6. Tidak pemalu dan punya keyakinan diri.

7. Pandai bersyair sbb bercerita perlu ada 3 unsur, saya selalu guna pantun, syair dan nyanyian.

Apalagi??? No idea dah..hehehe. Paling senang, pilih anak sendiri supaya senang latih di rumah..hahaha. Just joking! Ok..itu je perkongsian kali ni. Jom buat audition bercerita utk MTQ 2015. Gud luck semua!



Friday, January 17, 2014

Tajuk Pertandingan Bercerita MTQS Tahun 2014

Kategori Lelaki:
1. Wahyu Pertama Rasul Allah - Nabi Muhammad S.A.W.
2. Kisah Nabi Ilyas A.S. - Nabi Ilyas A.S.
3. Kemungkaran kaum Nabi Isa - Nabi Isa A.S.
4. Nabi Shuaib dengan kaumnya - Nabi Shuaib A.S.

Kategori Perempuan :
1. Persaudaraan Muhajirin dan Ansor - Nabi Muhammad S.A.W.
2. Kisah Nabi Dzulkifli A.S- Nabi Dzulkifli A.S.
3. Kemungkaran Raja Namrud - Nabi Ibrahim A.S.
4. Tujuh Orang Pemuda yang beriman - Sirah Ashabul Kahfi

Untuk makluman secara lebih terperinci layari http://www.bpi.edu.my/index.php/muat-turun/category/mtqss

Friday, May 11, 2012

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Untuk semua makluman para pengunjung blog ini.. sekarang saya tidak lagi bertugas di SK kawang Papar. Saya telah pun berpindah ke sekolah lain bermula pada 16hb April 2012. Oleh kerana itu, saya bercadang untuk buat sesuatu dengan blog ini. Mungkin saya akan menjadikan blog ini lebih personal tentang seorang guru dan tidak fokus kepada sesebuah sekolah. Nantikan pembaharuan tentang entri di blog ini. Semoga usaha yang saya lakukan ini memberi manfaat kepada pada orang lain.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya! Amin!

Thursday, January 19, 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!  Rasanya sudah terlalu lama tidak mencoret sesuatu di ruangan ini. Kesibukan kerja dan komitmen lain menyukarkan diri yang kerdil ini terus meng'update' blog ini. Tahun 2011 telah berlalu dan kini kita telah berada di hari ke-20 dlm tahun 2012. Dan seperti biasa, apabila awal tahun, maka adalah juga takwim yang dirancang utk Panitia. Jadi, untuk kali ini saya ingin berkongsi takwim Panitia Pendidikan Islam SK Kawang, Papar. Maaf atas segala kekurangan  di dalam takwim ini. Tahun ni kami mengurangkan aktiviti Panitia disebabkan oleh tanggungjawab tugas lain yang juga menuntut pada pengorbanan masa dan tenaga.

TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2012
SK KAWANG PAPAR

Mesyuarat Panitia
10hb Januari
12hb April
12hb Julai
20hb Sept

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ)
27hb Januari

Ujian Berkala
Selaras dengan Ujian Sekolah

Kem Bestari Solat
25hb Februari
12hb Mei
21hb Julai
15hb Sept

Bengkel Penyediaan ABM menggunakan ICT
4hb Februari

Minggu Panitia
2-6hb April

1 Bulan 1 Doa
Feb-Oktober

1 Minggu 1 buku
Feb-Oktober

Mukhoiyyam Al-Lughotul Arabiah
8hb Mei

Taman Kurikulum
Januari-Oktober

Kem Literasi Al-Quran
16hb Jun

Ihya Ramadhan
8hb - 26hb Ogos

Solat hajat
28hb Ogos

Majlis Khatam Al-Quran
6hb Nov




Tuesday, April 12, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) ZON KINARUT 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Kinarut telah diadakan pada 28hb Januari 2011. Sekolah-sekolah Zon Kinarut terdiri daripada 9 buah sekolah: 1. SK. Pekan Kinarut,2. SK. Kawang, 3. SK. Beringgis,4. SK. Tampasak, 5. SK. Mook 6. SK. Mandalipau, 7. SK. Kaiduan 8. SK. Tanaki & 9. SJK (C) Kin Kiau. MTQ tahun ini dianjurkan oleh SK. Mandalipau dan telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Papar. Keputusan rasmi MTQ 2011 adalah seperti berikut:  
Bahagian Tilawah Al-Quran:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Qushairy Bin Mohd. Sharkawi- SK. Kawang
2. Mohd. Akmal Nizam Azme - SK. Beringis
3.Mohd. Abhisek B. Mohd. Fairuz - SK. Pekan Kinarut

Kategori perempuan:
1. Azurah Abd. Halim - SK. Beringis
2. Nur Athirah Md. Din -SK. Mook
3. Nur Isma Hamisah - SK. Pekan Kinarut

Bahagian Hafazan:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Hazim Hamzah - SK. Kawang
2. Mohd. Zikri Azizi Md. Tarmizi - SK. Beringis
3.Ahmad Yasin Bin Zainuddin - SK. Pekan Kinarut 

Kategori perempuan:
1. Siti Nor Fatima Binti Idrus - SK. Pekan Kinarut
2. Nurul Izzati Jumatti - SK. Beringis
3. Dg. Farinah To Bte Mohd. Fakhri To - SK Tanaki

Bahagian Bercerita:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Zulhelmi Baba - SK. Kawang
2. Mohd. Akim Ismail - SK. Pekan Kinarut
3. Mohd. Zafran - SK. Beringis

Kategori perempuan:
1. Nurfaezah Dahlan - SK Pekan Kinarut
2. Nurul Syahirah Ag. Putera - SK. Beringis
3.Nurul Syafiqah Ramdan - SK. Kawang




Adik Shafikah Ramdan wakil SK Kawang Papar. Mendapat tempat ke-3.
Berbaju biru, Adik Hazim Hamzah, johan hafazan lelaki wakil SK. Kawang.
Adik Norhafizah Judin, wakil SK Kawang Hafazan.
Hakin yg arif lg bijaksana.
Adik Zulhelmi Baba, Johan bercerita lelaki, wakil SK. Kawang.

Bilik Tilawah Al-Quran.

Wakil SK. Pekan Kinarut, mendapat tempat ke-2 bercerita.
Wakil SK. Beringgis, mendapat tempat ke-2 bercerita.
Tuan pengerusi, Guru Besar SK. Mandalipau: Ust. Rahman.
Guru Besar SK. Kawang, Pn. Mastia dan kawannya Pn. Jelita.