Saturday, January 29, 2011

Taman Panitia Pendidikan Islam ~Raudhatul Imtiyaz (Taman Kurikulum)



Pada tahun 2010, Penolong kanan 1 SK Kawang~ En. Mohd. Aslom Gulzaman telah mengutarakan idea untuk mewujudkan Taman Kurikulum. Setiap Panitia di sekolah ini, telah diberikan kawasan masing. Panitia Pendidikan Islam telah mendapat tempat yang agak strategik iaitu 1 kawasan yg terletak diantara kantin dan astaka sekolah. Projek ini telah mengambil masa selama beberapa bulan dan melibatkan beberapa pihak. Panitia PAI mengucapkan terima kasih atas tenaga, masa dan wang ringgit yg telah dicurahkan. Hanya Allah yg mampu membalas segalanya.



Taman sebelum diambil alih oleh Panitia Pendidikan Islam

Gotong royong membersih & mengecat dilakukan.


Operasi menyusun tayar dilakukan oleh ustazah-ustazah.


 Siapalah yang sedang mengecat atap pondok rehat tu?

Taman setelah dicat dan operasi penanaman pokok2 bunga dijalankan


Bunga2 yang ditanam berdekatan dengan pondok rehat

Selain bunga2, sayur2an juga turut ditanam. 


Taman dipandang dari sudut padang sekolah. 








Antara koleksi orkid yang ada di taman ini. Kebanyakan drpd orkid ini telah di 'sponsor' oleh beberapa individu. Dan orkid2 ini dibeli di Tuaran, Kg. Takis,Papar dan di tamu2 yang berdekatan.


Bunga yang pelik, bunganya tumbuh sebelum daunnya.

No comments:

Post a Comment