Thursday, April 7, 2011

Contoh Teks Cerita MTQ.

Cerita yang telah disampaikan oleh Adik Zulhelmi Baba di dlm MTQ Pantai Barat Selatan Sabah. Berjaya mendapat tempat pertama. Teks cerita ini saya buat dengan berpandukan teks cerita yang telah dibuat oleh Cik Suzana Ali Hassan dr SK St. Mary Papar. Terima kasih daun keladi..hehehehe

CERITA LELAKI: NABI IBRAHIM A.S DENGAN RAJA NAMRUD.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.
Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud.
Nasyid
Mari bersama kita kenangkan,
Kisah teladan di dalam Al-Quran,
Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,
Menentang Namrud yang tidak beriman.

Sidang hadirin,
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia seorang yang gagah, namun tidak beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya sebagai Tuhan. Disaat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah.
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.
"Tuhan ku adalah satu-satu yang memberi dan mengambil semula nyawa", tegas Nabi Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong ” Aku boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga".
Bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?" balas Nabi Ibrahim. Mendengar akan itu, raja terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:
(258)....Éø÷@@Iòi Óø¯ òÁÎ@@@øñÇòj@@@ô@IøG úXFB@@òY Ôøhú@@»A Óò»øG òj@ò@M ôÁ@ò@»òC
Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya..
Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain. Pada masa kini juga, masih terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah orang ramai. Contohnya: Ajaran Ayah Pin.

Ingatlah rakan-rakan,.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Sidang hadirin,
Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan Hari Raya bagi Tuhan mereka.
Ahh..inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”, nekad Nabi Ibrahim.
Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak. Tetapi pada patung yang besar, baginda hanya menggantungkan kapak itu pada leher patung tersebut.
Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Anbiya ayat 59 :
(59)...FB@ò@Ä@ø@N@ò@È@ø@»B@@@òÖ@@@øIAòhñ@@@òÇ ò½ò¨ò¯ ôÅò¿ ôAÌ@ó@»B@ò@³
Maksudnya: Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami...(59)

Mereka berkata lagi: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala ini yang bernama Ibrahim".
Sikap Nabi Ibrahim yang berani perlu diaplikasikan di dalam kehidupan kita. Apatah lagi cabaran di era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam. Contohnya: Pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Israel.
Rakan-rakan,
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan kebaikan dan keburukan.

Sidang hadirin,
Pantun
Sampai masa, saat dan ketika,
Nabi Ibrahim dipanggil Raja,
Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,
Supaya kaum menyembah Yang Esa.

Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Tetapi, Nabi Ibrahim mengatakan bahawa patung berhala yang besar telah melakukannya.
Kamu tahu bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apa”kata Raja Namrud.
Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?”balas Nabi Ibrahim.
Raja Namrud menjadi sangat marah.
Lalu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim, dibakar hidup-hidup di kawasan lapang.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 69.
(69)òÁÎøÇñjò@@@ô@@IøG FñÓò¼ò§ BõÀñ@@@ò@¼òmòË Aõeôj@ò@I ÓøÃÌ@ó@· óiBò@@Ä@ò@Í B@ò@Äô@¼@ó@³

Maksudnya: Wahai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke sana sini dalam api tersebut.
Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika tsunami melanda beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah.Contohnya: Terdapat Masjid di Acheh tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya Allah!
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.

Sidang hadirin,
Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang denganku". Katanya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.
Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk tersebut.
Allah memberinya masa 3 kepada Raja Namrud hari untuk bertaubat dengan menangguhkan kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja, dia tetap enggan bertaubat. Lantas, serangga kecil itu masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud. Beberapa ketika kemudian Raja Namrud menemui ajalnya.
Firman Allah di dalam surah Al-Muddassir ayat 31:
(31)...òÌóÇ úÜøG ò¹@ø÷@Iòi òeÌóÄóU óÁ@ò@¼ô¨@ò@Í Bò¿òË...ô
Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan dia sendiri.
Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masa kini, negara besar dilemahkan oleh kuasa kecil. Contohnya: Wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes dapat membunuh ramai nyawa di dalam sesebuah negara.
Rakan-rakan, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri, oleh itu,kita tidak boleh sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi Ibrahim dapat mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa. Sesungguhnya orang yang angkuh itu termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

Cantik sekali si burung nuri,
Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.

Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.



26 comments:

  1. sgt membantu MOHON COPY,,,,,, ANA P.PUTEH, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ok..copy je..no hal. Semoga bahan yg ada dpt dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...mohon copy untuk panduan..raub phg..

    ReplyDelete
  4. saya pun copy tuk murid saya yer...

    ReplyDelete
  5. KAK....mohon izin copy jgk utk ank murid saya...menarik ceritanya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. minta izin untuk copy. syukrun jazilan.

    ReplyDelete
  7. saya pun copy jugak...minta izin ye..huhu

    ReplyDelete
  8. Salam ukhuwwah...mohon share ye...TQ :)

    ReplyDelete
  9. mntk diizinkn utk copy yew..syukran..

    ReplyDelete
  10. Diizinkan..mudah2an bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. Diizinkan..mudah2an bermanfaat.

    ReplyDelete
  12. mohon copy ya.sk sekara chenor pahang.terimakasih rose

    ReplyDelete
  13. terima kasih banyak2.. mohon copy ye

    ReplyDelete
  14. Mohon copy. terima kasih banyak atas perkongsian.

    ReplyDelete