Tuesday, February 17, 2015

SOALAN SPONTAN BERCERITA MTQSS 2015

Assalammualaikum.. 
Berikut adalah soalan spontan bagi MTQSS ZON PEKAN PAPAR.

L 1.1 HIJRAH RASULULLAH S.A.W

Berdasarkan kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W, setiap insan perlu berubah ke arah kebaikan. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang anda perlu lakukan untuk menjadi pelajar yang lebih baik?

L 1.2 HIJRAH RASULULLAH S.A.W
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W?

L 1.3 HIJRAH RASULULLAH S.A.W
Berdasarkan kisah HIJRAH RASULULLAH S.A.W, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 2.1 UNTA MUKJIZAT
Kisah UNTA MUKJIZAT menceritakan tentang kaum Tsamud yang ingkar dengan perintah Allah. Sekiranya anda seorang pengawas, bagaimanakah anda berhadapan dengan rakan-rakan yang tidak patuh dengan arahan anda?

L 2.2 UNTA MUKJIZAT
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah UNTA MUKJIZAT?

L 2.3 UNTA MUKJIZAT
Berdasarkan kisah UNTA MUKJIZAT, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 3.1 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA, mengisahkan tentang Qabil yang iri hati dengan kelebihan Habil. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menghindari perasaan iri hati terhadap kejayaan rakan-rakan anda?

L 3.2 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA?

L 3.3 PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Berdasarkan kisah PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

L 4.1 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH, mengisahkan tentang kasih seorang ibu. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda menunjukkan kasih sayang kepada ibu anda?

L 4.2 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH?

L 4.3 SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
Berdasarkan kisah SITI AMINAH BONDA RASULULLAH, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 1.1 ISRA’ MIKRAJ
Peristiwa ISRA’ MIKRAJ merupakan bermulanya tuntutan solat fardhu. Apakah nilai murni yang dapat diperolehi oleh seseorang yang melakukan  ibadat solat dengan sempurna?

P 1.2 ISRA’ MIKRAJ
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  ISRA’ MIKRAJ?

P 1.3 ISRA’ MIKRAJ
Berdasarkan kisah ISRA’ MIKRAJ, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 2.1 TONGKAT MUKJIZAT
Kisah TONGKAT MUKJIZAT menceritakan tentang keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.  Bagaimanakah anda mensyukuri kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada anda?

P 2.2 TONGKAT MUKJIZAT
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  TONGKAT MUKJIZAT?

P 2.3 TONGKAT MUKJIZAT
Berdasarkan kisah TONGKAT MUKJIZAT, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 3.1 DUGAAN NABI YUSUF
Kisah DUGAAN NABI YUSUF menceritakan tentang  ketabahan Nabi Yusuf semasa menghadapi pelbagai jenis dugaan yang menimpanya. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menghadapi kegagalan dalam menuntut ilmu ?

P 3.2 DUGAAN NABI YUSUF
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  DUGAAN NABI YUSUF?

P 3.3 DUGAAN NABI YUSUF
Berdasarkan kisah DUGAAN NABI YUSUF, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

P 4.1 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Kisah SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu. Bagaimanakah anda membalas jasa ibu yang telah melahirkan anda?

P 4.2 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Sila  nyatakan, apakah nilai  utama yang boleh diperolehi  daripada kisah  SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL?

P 4.3 SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
Berdasarkan kisah SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL, apakah pengajaran utama yang boleh dijadikan iktibar?

No comments:

Post a Comment