Wednesday, February 24, 2016

CONTOH TEKS CERITA MTQSS

DUGAAN NABI YUSUF
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin sekalian.
Nasyid
Dengarlah cerita saya,
‘Dugaan Nabi Yusuf’
Yang tercatat dalam Al-Quran,
Untuk dijadikan panduan.
Kawan-kawan,
Dugaan Nabi Yusuf bermula ketika adik-beradiknya mengadakan pertemuan rahsia.  Kebencian mereka terhadap Yusuf  tidak dapat dikawal lagi.
Syair
Sikap si ayah jadi perbincangan,
Manjakan Yusuf anak yang tampan,
Hanya bunuh jalan penyelesaian,
 Nabi Yusuf  menjadi sasaran.
tA$s% ×@ͬ!$s% öNåk÷]ÏiB Ÿw (#qè=çGø)s? y#ßqムçnqà)ø9r&ur Îû ÏMt6»uŠxî Éb=àfø9$# ….. ÇÊÉÈ  
‘Seorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar sumur..’
(Surah Yusuf ayat 10)
Akibat perasaan iri hati, Nabi Yusuf ditinggalkan seorang diri di dasar sumur yang gelap- gelita.
Ingatlah kawan-kawan,
Kita hendaklah menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pergolakan di Syria membuktikan bahawa sifat-sifat mazmumah membawa kepada kehancuran ummah.
Kawan-kawan,
Dugaan demi dugaan ditempuhi oleh Nabi Yusuf a.s. Sebuah kafilah telah menjumpainya di sumur itu.
Pantun 
Yusuf dilelong di sebuah pasar,
Harga murah nilai diletak,
Dibeli Futhifar seorang pembesar,
Mengangkat Yusuf sebagai anak.
………. ÍG̍ò2r& çm1uq÷WtB #Ó|¤tã br& !$oYyèxÿYtƒ ÷rr& ¼çnxÏ­GtR #V$s!ur 4 ………… 4 ÇËÊÈ  
.. “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak.”
(Surah Yusuf ayat 21)
Takdir Allah menentukan agar Nabi Yusuf dibeli oleh Futhifar agar hidupnya lebih terjamin.
Ya kawan-kawan,
 Kita hendaklah yakin bahawa Allah mampu mengangkat martabat hambanya, sebagaimana nasib  Adik Firdaus Dullah yang dulu terabai, kini mendapat perhatian orang ramai.
Kawan-kawan,
Nabi Yusuf diduga dengan godaan Siti Zulaikha isteri Futhifar.
Nasyid
Zulaikha datang menggoda,
Namun Yusuf tabahkan hati,
Zulaikha menjadi marah,
Yusuf difitnah ingin menodai.
tA$s% Éb>u ß`ôfÅb¡9$# =ymr& ¥n<Î) $£JÏB ûÓÍ_tRqããôtƒ Ïmøs9Î) ( ............................ ÇÌÌÈ  
‘Yusuf berkata: “Wahai tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku…”
(Surah Yusuf ayat 33)
Maka, Allah memakbulkan doa Nabi Yusuf agar baginda dapat menghindari tipu daya orang disekelilingnya.
Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah sentiasa berdoa untuk memohon pertolongan Allah, sebagaimana mangsa-mangsa banjir besar di Kelantan dan Terengganu yang tidak pernah putus-putus berdoa.
Kawan-kawan,
Setelah bertahun-tahun berada di dalam penjara,  Nabi Yusuf dibebaskan kerana berjaya mentafsir mimpi raja. Kebenaran tentang fitnah Zulaikha terhadap Nabi Yusuf juga telah terbongkar.
t……. ÏMs9$s% ßNr&tøB$# ̓Íyèø9$# z`»t«ø9$# }ÈysóÁym ,ysø9$# O$tRr& ¼çm?Šurºu `tã ¾ÏmÅ¡øÿ¯R …………….. ÇÎÊÈ  
‘…Berkatalah (Zulaikha) isteri al-Aziz: Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku)…’
(Surah Yusuf ayat 51).
Pantun
Yusuf dilantik menjadi menteri,
Mengurus agihan dan kewangan,
Kepada rakyat sumbangan diberi,
Kerjanya jujur tiada kepincangan.
Ya kawan-kawan,
Seorang pemimpin hendaklah melakukan kerjanya dengan jujur, sebagaimana Pusat Pungutan Zakat yang mengagihkan wang zakat kepada yang layak.
Kawan-kawan,
Akhirnya, Nabi Yusuf bertemu dengan ayahnya dan ahli keluarganya yang lain.
Yusuf memeluk ayahnya sambil bercucuran airmata. Ayahnya juga menangis tanda kesyukuran.
Perpisahan bertahun-tahun lamanya, diakhiri dengan pertemuan yang indah.

Demikianlah berakhirnya kisah DUGAAN NABI YUSUF, marilah kita bersama-sama mencontohi ketabahan baginda menghadapi dugaan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment