Tuesday, April 12, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) ZON KINARUT 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Kinarut telah diadakan pada 28hb Januari 2011. Sekolah-sekolah Zon Kinarut terdiri daripada 9 buah sekolah: 1. SK. Pekan Kinarut,2. SK. Kawang, 3. SK. Beringgis,4. SK. Tampasak, 5. SK. Mook 6. SK. Mandalipau, 7. SK. Kaiduan 8. SK. Tanaki & 9. SJK (C) Kin Kiau. MTQ tahun ini dianjurkan oleh SK. Mandalipau dan telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Papar. Keputusan rasmi MTQ 2011 adalah seperti berikut:  
Bahagian Tilawah Al-Quran:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Qushairy Bin Mohd. Sharkawi- SK. Kawang
2. Mohd. Akmal Nizam Azme - SK. Beringis
3.Mohd. Abhisek B. Mohd. Fairuz - SK. Pekan Kinarut

Kategori perempuan:
1. Azurah Abd. Halim - SK. Beringis
2. Nur Athirah Md. Din -SK. Mook
3. Nur Isma Hamisah - SK. Pekan Kinarut

Bahagian Hafazan:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Hazim Hamzah - SK. Kawang
2. Mohd. Zikri Azizi Md. Tarmizi - SK. Beringis
3.Ahmad Yasin Bin Zainuddin - SK. Pekan Kinarut 

Kategori perempuan:
1. Siti Nor Fatima Binti Idrus - SK. Pekan Kinarut
2. Nurul Izzati Jumatti - SK. Beringis
3. Dg. Farinah To Bte Mohd. Fakhri To - SK Tanaki

Bahagian Bercerita:
Kategori lelaki:
1. Mohd. Zulhelmi Baba - SK. Kawang
2. Mohd. Akim Ismail - SK. Pekan Kinarut
3. Mohd. Zafran - SK. Beringis

Kategori perempuan:
1. Nurfaezah Dahlan - SK Pekan Kinarut
2. Nurul Syahirah Ag. Putera - SK. Beringis
3.Nurul Syafiqah Ramdan - SK. Kawang




Adik Shafikah Ramdan wakil SK Kawang Papar. Mendapat tempat ke-3.
Berbaju biru, Adik Hazim Hamzah, johan hafazan lelaki wakil SK. Kawang.
Adik Norhafizah Judin, wakil SK Kawang Hafazan.
Hakin yg arif lg bijaksana.
Adik Zulhelmi Baba, Johan bercerita lelaki, wakil SK. Kawang.

Bilik Tilawah Al-Quran.

Wakil SK. Pekan Kinarut, mendapat tempat ke-2 bercerita.
Wakil SK. Beringgis, mendapat tempat ke-2 bercerita.
Tuan pengerusi, Guru Besar SK. Mandalipau: Ust. Rahman.
Guru Besar SK. Kawang, Pn. Mastia dan kawannya Pn. Jelita.

Thursday, April 7, 2011

Contoh Teks Cerita MTQ.

Cerita yang telah disampaikan oleh Adik Zulhelmi Baba di dlm MTQ Pantai Barat Selatan Sabah. Berjaya mendapat tempat pertama. Teks cerita ini saya buat dengan berpandukan teks cerita yang telah dibuat oleh Cik Suzana Ali Hassan dr SK St. Mary Papar. Terima kasih daun keladi..hehehehe

CERITA LELAKI: NABI IBRAHIM A.S DENGAN RAJA NAMRUD.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.
Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud.
Nasyid
Mari bersama kita kenangkan,
Kisah teladan di dalam Al-Quran,
Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,
Menentang Namrud yang tidak beriman.

Sidang hadirin,
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia seorang yang gagah, namun tidak beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya sebagai Tuhan. Disaat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah.
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.
"Tuhan ku adalah satu-satu yang memberi dan mengambil semula nyawa", tegas Nabi Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong ” Aku boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga".
Bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?" balas Nabi Ibrahim. Mendengar akan itu, raja terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:
(258)....Éø÷@@Iòi Óø¯ òÁÎ@@@øñÇòj@@@ô@IøG úXFB@@òY Ôøhú@@»A Óò»øG òj@ò@M ôÁ@ò@»òC
Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya..
Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain. Pada masa kini juga, masih terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah orang ramai. Contohnya: Ajaran Ayah Pin.

Ingatlah rakan-rakan,.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Sidang hadirin,
Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan Hari Raya bagi Tuhan mereka.
Ahh..inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”, nekad Nabi Ibrahim.
Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak. Tetapi pada patung yang besar, baginda hanya menggantungkan kapak itu pada leher patung tersebut.
Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Anbiya ayat 59 :
(59)...FB@ò@Ä@ø@N@ò@È@ø@»B@@@òÖ@@@øIAòhñ@@@òÇ ò½ò¨ò¯ ôÅò¿ ôAÌ@ó@»B@ò@³
Maksudnya: Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami...(59)

Mereka berkata lagi: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala ini yang bernama Ibrahim".
Sikap Nabi Ibrahim yang berani perlu diaplikasikan di dalam kehidupan kita. Apatah lagi cabaran di era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam. Contohnya: Pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Israel.
Rakan-rakan,
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan kebaikan dan keburukan.

Sidang hadirin,
Pantun
Sampai masa, saat dan ketika,
Nabi Ibrahim dipanggil Raja,
Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,
Supaya kaum menyembah Yang Esa.

Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Tetapi, Nabi Ibrahim mengatakan bahawa patung berhala yang besar telah melakukannya.
Kamu tahu bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apa”kata Raja Namrud.
Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?”balas Nabi Ibrahim.
Raja Namrud menjadi sangat marah.
Lalu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim, dibakar hidup-hidup di kawasan lapang.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 69.
(69)òÁÎøÇñjò@@@ô@@IøG FñÓò¼ò§ BõÀñ@@@ò@¼òmòË Aõeôj@ò@I ÓøÃÌ@ó@· óiBò@@Ä@ò@Í B@ò@Äô@¼@ó@³

Maksudnya: Wahai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke sana sini dalam api tersebut.
Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika tsunami melanda beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah.Contohnya: Terdapat Masjid di Acheh tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya Allah!
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.

Sidang hadirin,
Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang denganku". Katanya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.
Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk tersebut.
Allah memberinya masa 3 kepada Raja Namrud hari untuk bertaubat dengan menangguhkan kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja, dia tetap enggan bertaubat. Lantas, serangga kecil itu masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud. Beberapa ketika kemudian Raja Namrud menemui ajalnya.
Firman Allah di dalam surah Al-Muddassir ayat 31:
(31)...òÌóÇ úÜøG ò¹@ø÷@Iòi òeÌóÄóU óÁ@ò@¼ô¨@ò@Í Bò¿òË...ô
Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan dia sendiri.
Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masa kini, negara besar dilemahkan oleh kuasa kecil. Contohnya: Wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes dapat membunuh ramai nyawa di dalam sesebuah negara.
Rakan-rakan, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri, oleh itu,kita tidak boleh sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi Ibrahim dapat mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa. Sesungguhnya orang yang angkuh itu termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

Cantik sekali si burung nuri,
Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.

Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.



Tuesday, February 15, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat SK kawang

 Pada 28hb Januari 2011, Persatuan Agama Islam di bawah unit Ko-kurikulum telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat SK Kawang.  Program ini merupakan program pertama yang diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2011. Pada tahun ini, Panitia PAI telah merancang sebanyak 11 aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011.Majlis ini diadakan secara sederhana yang melibatkan guru-guru & murid2 sidang pagi sahaja. Walaupun majlis ini diadakan di dalam kelas tahun 6 Kreatif & Inovatif sahaja, ianya tetap meriah dan mendapat sambutan yg menggalakkan drpd murid2.


Adik Shahril Iskandar, peserta Tilawah Al-Quran.
                          Khusyuknya adik Shahirul Akmal ni menghafaz ayat-ayat yang di soal.
                                       Adik Mohd. Fakhri Salleh, johan bahagian Hafazan.


                Inilah wajah2 murid2 SK kawang. Berbaju biru PK HEM~Puan Kasom & sebelahnya pula Pn. Veeneswari~ Guru B.I.
                              Adik Zulhelmi Baba, wakil bercerita ke Peringkat zon Kinarut.

Inilah wajah2 para juri yg adil lagi bijaksana...hehehe

Saturday, January 29, 2011

Taman Panitia Pendidikan Islam ~Raudhatul Imtiyaz (Taman Kurikulum)



Pada tahun 2010, Penolong kanan 1 SK Kawang~ En. Mohd. Aslom Gulzaman telah mengutarakan idea untuk mewujudkan Taman Kurikulum. Setiap Panitia di sekolah ini, telah diberikan kawasan masing. Panitia Pendidikan Islam telah mendapat tempat yang agak strategik iaitu 1 kawasan yg terletak diantara kantin dan astaka sekolah. Projek ini telah mengambil masa selama beberapa bulan dan melibatkan beberapa pihak. Panitia PAI mengucapkan terima kasih atas tenaga, masa dan wang ringgit yg telah dicurahkan. Hanya Allah yg mampu membalas segalanya.



Taman sebelum diambil alih oleh Panitia Pendidikan Islam

Gotong royong membersih & mengecat dilakukan.


Operasi menyusun tayar dilakukan oleh ustazah-ustazah.


 Siapalah yang sedang mengecat atap pondok rehat tu?

Taman setelah dicat dan operasi penanaman pokok2 bunga dijalankan


Bunga2 yang ditanam berdekatan dengan pondok rehat

Selain bunga2, sayur2an juga turut ditanam. 


Taman dipandang dari sudut padang sekolah. 








Antara koleksi orkid yang ada di taman ini. Kebanyakan drpd orkid ini telah di 'sponsor' oleh beberapa individu. Dan orkid2 ini dibeli di Tuaran, Kg. Takis,Papar dan di tamu2 yang berdekatan.


Bunga yang pelik, bunganya tumbuh sebelum daunnya.

Friday, January 28, 2011

CARTA ORGANISASI PANITIA PAI SK KAWANG 2011

ROSLAH IDRIS
SABAH
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
 (Macam garang je...)


RASYIDAH WAHAB
KELANTAN
SETIAUSAHA
(Setiausaha yang cekap..telah diuji oleh ketua berkali2..)


NOOR RAINI JIDIR
SABAH
BENDAHARI
(Bendahari yang amanah..)

 DG ROZIAH AG. BUDIN
SABAH
AJK ABM/BBM
(Seorang boleh diharap...dan pemalu, bergambar pun malu2.)

SITI ZABIDAH MOHD. AMIN
TERENGGANU
PENYELARAS SURAU
(Lemah lembut orangnya dan menurut perintah)

~Tiada gambar ~

SITI ADAALAH MOHAMAD
KELANTAN
AJK PENILAIAN & PEPERIKSAAN
( Sesuai sangat mengurus ujian & peperiksaan..)